Mulanya Di Sini...
2012
Segalanya bermula apabila Muhamad Faiz (Faiz) menjejakkan kaki di Kolej Matrikulasi Johor (KMJ) untuk sambung belajar setelah tamat zaman persekolahan. Sewaktu menjejakkan kaki di KMJ, sudah terlintas di fikirannya untuk menubuhkan sebuah kumpulan nasyid di situ. Sesi pendaftaran pelajar baru di KMJ telah diadakan pada 28 Mei 2012. Ketika sesi orientasi berlangsung, Faiz telahpun memulakan usaha untuk menubuhkan kumpulan nasyid dengan lebih awal lagi apabila beliau cuba mencari slot untuk membuat persembahan ketika Majlis Penutup Orientasi KMJ 2012. Walau bagaimanapun, ada perkara-perkara yang menghalangnya untuk membuat persembahan ketika itu dan beliau terpaksa akur dengan keputusan tersebut.
Faiz sebenarnya telah beberapa kali berhubung dengan rakannya, Daniel Fitri (Daniel) melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) untuk bersama-sama menubuhkan kumpulan apabila mendapat tahu bahawa Daniel juga akan mendaftar di KMJ untuk pengambilan kedua (second intake). Mereka bersetuju untuk bersama-sama menubuhkan dan menaikkan sebuah kumpulan nasyid di KMJ. Setelah Daniel tiba di KMJ, beliau dan Faiz telah berjumpa untuk membincangkan tentang hasrat penubuhan kumpulan nasyid tersebut.
Faiz terpaksa menunggu selama 3 bulan untuk menubuhkan sebuah kumpulan nasyid di KMJ. Segalanya bermula apabila Faiz membawa sijil-sijil pencapaian nasyidnya ketika di sekolah dahulu untuk dibentangkan kepada salah seorang pensyarah KMJ. Setelah berpuas hati dengan apa yang dibentangkan, akhirnya pensyarah tersebut membawa usul itu dalam satu mesyuarat antara pensyarah yang dibuat untuk melangsungkan Sambutan Malam Ambang Kemerdekaan Kolej Matrikulasi Johor 2012. Faiz akhirnya mendapat lampu hijau untuk menubuhkan kumpulan nasyid dan seterusnya membuat persembahan untuk Sambutan Malam Ambang Kemerdekaan ketika itu.

Walau bagaimanapun, Faiz dan Daniel sedar, mereka dua orang sahaja tidak cukup untuk menguatkan kumpulan walaupun persembahan tersebut semakin hampir. Tetapi akhirnya Faiz berjaya mendapatkan seorang lagi untuk diserap masuk ke dalam kumpulan, iaitu Muhammad Fitri (Fitri). Beliau berjumpa dengan Fitri di Masjid KMJ dan mendapat tahu bahawa Fitri juga mempunyai pengalaman dalam nasyid. Ketika berlatih, Faiz mendengar suara Fitri yang dianggapnya seperti iras-iras suara bekas ahli kumpulan UNIC, iaitu Fitri Haris. Maka, Faiz menganggap bahawa keputusannya untuk membawa masuk Fitri ke dalam kumpulan adalah satu keputusan yang tepat. Lalu, dalam latihan tersebut, lagu Ainul Mardhiah telah dipilih untuk dibawa memandangkan Fitri boleh menarik tinggi untuk bahagian korus tersebut. Satu lagi lagu yang dipilih ialah lagu Remaja.
Namun begitu, Faiz membuat keputusan untuk mencari seorang lagi ahli untuk cukupkan 4 orang ahli kesemuanya. Fitri mencadangkan rakannya iaitu, Aliff Zahari (Aliff) untuk dibawa masuk kerana Aliff juga mempunyai suara yang bagus dan juga pernah terlibat dalam nasyid. Aliff mula menjalani latihan bersama kumpulan pada awalnya, namun oleh kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan, Aliff terpaksa pulang ke rumahnya pada hari Jumaat di mana waktu itu persembahan sudah semakin hampir. Faiz sudah semakin bingung dan terdesak pada waktu itu untuk mencari seorang lagi ahli kumpulan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Aliff. Persembahan akan berlangsung pada hari Jumaat malam Sabtu. Sehinggalah suatu masa ketika mana pensyarah KMJ, Ustaz Hisyam memanggil kesemua pelajar KMJ yang mahu menyertai nasyid untuk hadirkan diri di hadapan Dewan Sri Ledang untuk membuat persembahan Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan berlangsung pada hari Ahad malam Isnin. Ramai yang hadir berkumpul di Dewan Sri Ledang untuk mencuba bakat masing-masing bagi menyertai persembahan sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri di KMJ. Waktu itu, rakan satu sekolah dengan Faiz dan Daniel (ketika bersama-sama bersekolah di SMKA Maahad Muar), Muhammad Izwan Aiman (Izwan) mencadangkan nama Faiz dan Daniel untuk menjadi vokalis utama dan mengetuai persembahan pada Sambutan Hari Raya Aidilfitri itu nanti. Ustaz Hisyam bersetuju. Ketika latihan untuk persembahan raya, Faiz mendapati Muhammad Badrullah (Badrul) mempunyai suara yang unik lalu beliau membuat keputusan untuk membawa masuk Badrul ke dalam kumpulan menjelang persembahan Sambutan Malam Ambang Kemerdekaan.
Kini cukuplah 4 orang ahli (Faiz, Daniel, Fitri dan Badrul) untuk membentuk sebuah kumpulan nasyid yang diimpikan. Persembahan semakin hampir dan mereka bersama-sama menjalani latihan dengan lebih kerap lagi. Akhirnya, Sambutan Malam Ambang Kemerdekaan sudah tiba di mana KMJ telah membelanjakan sebanyak RM5000 untuk menyewa PA System Audio & Lighting kerana sambutan ini diadakan besar-besaran di Dataran Wawasan KMJ yang turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Bahagian Matrikulasi (Seluruh Malaysia) dan Pengarah KMJ. Difahamkan ia adalah kali pertama sambutan ini diadakan secara besar-besaran. Ia boleh dikatakan umpama sebuah konsert pada malam itu di mana suasana dan sambutannya sangat meriah. Kesemua pelajar KMJ diwajibkan hadir pada malam itu untuk menyambut kemerdekaan negara di Dataran Wawasan KMJ. Selepas dua orang pelajar KMJ mendeklarasikan sajak, kini tibalah giliran Faiz, Daniel, Fitri dan Badrul untuk membuat persembahan nasyid. Mereka mempersembahkan dua buah lagu iaitu Remaja dan Ainul Mardhiah. Selepas mendendangkan lagu Ainul Mardhiah, mereka mendapat sorakan yang gemuruh daripada penonton kerana kumpulan ini berjaya membawa lagu Ainul Mardhiah dengan cukup baik dan bertenaga. Majoriti pelajar memberikan reaksi positif apabila ditanya mengenai persembahan tersebut sehinggakan ketika di dalam kuliah, salah seorang pensyarah Fizik turut menyatakan tentang persembahan tersebut ketika sesi pembelajaran. Persembahan pertama (debut) kumpulan ini cukup memberi kepuasan buat ketua kumpulan, Faiz.
Kumpulan Darwish ketika mempersembahkan lagu Remaja pada Sambutan Ambang Kemerdekaan KMJ 2012 di Dataran Wawasan KMJ
Kumpulan Darwish ketika mempersembahkan lagu Ainul Mardhiah pada Sambutan Ambang Kemerdekaan KMJ 2012 di Dataran Wawasan KMJ
Kumpulan Darwish terima banyak jemputan di KMJ selepas persembahan Sambutan Ambang Kemerdekaan 2012
Kumpulan yang dianggotai Faiz, Daniel, Fitri dan Badrul sehingga selepas persembahan Sambutan Malam Ambang Kemerdekaan itu, masih belum ada nama kumpulan lagi walaupun kumpulan ini telahpun meningkat naik ketika itu. Oleh itu, Faiz mencadangkan agar kumpulan ini diletakkan nama. Beberapa nama telah dipilih tetapi masih belum dapat disahkan lagi. Sehinggalah sewaktu Faiz terjumpa keychain yang tertulis nama 'Darwish' di kompleks beli-belah The Mall Kuala Lumpur (kini Sunway Putra Mall Kuala Lumpur) lalu beliau membelinya. Faiz dan ahli-ahli kumpulan yang lain telah bersepakat dan bersetuju untuk menamakan kumpulan ini dengan nama 'Darwish'.
Kini sudah tiba masanya untuk Malam Busana Muslimin di mana kumpulan Darwish telah diberikan dua slot untuk membuat persembahan iaitu pada pertengahan dan pada penutup program tersebut. Untuk slot yang pertama, kumpulan Darwish mendendangkan lagu yang berunsurkan tentang jalinan persahabatan yang pernah dipopularkan oleh kumpulan UNIC, iaitu lagu Jalinan. Para pendengar, khususnya pensyarah-pensyarah dan pelajar-pelajar KMJ sangat berpuas hati dengan persembahan kumpulan Darwish pada malam tersebut.
Selang dua hari selepas itu, iaitu hari Ahad malam Isnin, seperti yang telah disusun oleh Ustaz Hisyam, Faiz dan Daniel mengetuai pasukan nasyid yang dikumpulkan sebanyak lebih 10 orang, termasuk perkusi (percussionist) sebelum ini untuk membuat persembahan sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Pasukan nasyid untuk persembahan itu hanya wujud pada malam itu sahaja. Ia semata-mata hanya untuk persembahan raya. Persembahan tersebut berjalan lancar , namun agak mengecewakan sedikit kerana difahamkan PA System sewaktu persembahan raya itu tidak begitu jelas untuk didengar oleh penonton.
Kumpulan Darwish terima banyak jemputan di KMJ selepas persembahan Sambutan Ambang Kemerdekaan 2012
Kumpulan yang dianggotai Faiz, Daniel, Fitri dan Badrul sehingga selepas persembahan Sambutan Malam Ambang Kemerdekaan itu, masih belum ada nama kumpulan lagi walaupun kumpulan ini telahpun meningkat naik ketika itu. Oleh itu, Faiz mencadangkan agar kumpulan ini diletakkan nama. Beberapa nama telah dipilih tetapi masih belum dapat disahkan lagi. Sehinggalah sewaktu Faiz terjumpa keychain yang tertulis nama 'Darwish' di kompleks beli-belah The Mall Kuala Lumpur (kini Sunway Putra Mall Kuala Lumpur) lalu beliau membelinya. Faiz dan ahli-ahli kumpulan yang lain telah bersepakat dan bersetuju untuk menamakan kumpulan ini dengan nama 'Darwish'.
Beberapa hari kemudian, sejurus selepas persembahan Sambutan Malam Ambang Kemerdekaan itu, kumpulan Darwish telah dipanggil dan dijemput untuk membuat persembahan sempena Malam Busana Muslimin 2012 di Dewan Sri Ledang KMJ. Walau
bagaimanapun, Badrul memaklumkan bahawa beliau terpaksa meninggalkan
kumpulan Darwish atas sebab-sebab tertentu yang tak dapat dielakkan.
Keputusan itu sedikit mengecewakan Faiz kerana beliau mengganggap Badrul sebagai antara
aset penting kumpulan. Lebih-lebih lagi, persembahan Malam Busana
Muslimin semakin hampir. Oleh yang demikian, Faiz terpaksa mencari
pengganti Badrul untuk kembali mecukupkan 4 orang ahli. Sebelum itu, difahamkan Faiz ada mengenali salah seorang daripada pelajar KMJ yang pernah mewakili sekolahnya menjadi johan peringkat kebangsaan antara sekolah-sekolah kluster semasa zaman persekolahannya dahulu, iaitu Naqiuddin Naim (Naim). Dengan
segera, Faiz memanggil Naim untuk bertanyakan soalan tentang pengalaman
beliau dalam nasyid. Setelah mendengar cerita dan penjelasan daripada Naim, akhirnya
Faiz membuat keputusan untuk membawa masuk Naim ke dalam kumpulan Darwish bagi menggantikan Badrul. Kini kumpulan Darwish kembali dengan 4 orang ahli iaitu Faiz, Daniel, Fitri dan Naim. Faiz juga selepas itu telah membuat keputusan untuk memberi kepercayaan kepada Naim untuk menyimpan Keychain 'Darwish'.
Kini sudah tiba masanya untuk Malam Busana Muslimin di mana kumpulan Darwish telah diberikan dua slot untuk membuat persembahan iaitu pada pertengahan dan pada penutup program tersebut. Untuk slot yang pertama, kumpulan Darwish mendendangkan lagu yang berunsurkan tentang jalinan persahabatan yang pernah dipopularkan oleh kumpulan UNIC, iaitu lagu Jalinan. Para pendengar, khususnya pensyarah-pensyarah dan pelajar-pelajar KMJ sangat berpuas hati dengan persembahan kumpulan Darwish pada malam tersebut.
Gambar: Gelagat Naim (kiri) dan Daniel di belakang pentas (stage) sebelum membuat persembahan pada Malam Busana Muslimin 2012 di Dewan Sri Ledang KMJ
Video: Kumpulan Darwish mendendangkan lagu Jalinan ketika persembahan Malam Busana Muslimin 2012 di Dewan Sri Ledang KMJ
Untuk slot yang kedua selepas itu, kumpulan Darwish telah mendendangkan lagu Kias Cinta, sebuah lagu yang pernah dipopularkan oleh Suhaimi Saad. Kemudian, disusuli pula dengan lagu Hanya Tuhan Yang Tahu, sebuah lagu yang pernah dipopularkan oleh UNIC. Sebelum mendendangkan lagu Hanya Tuhan Yang Tahu, kumpulan Darwish diberitahu bahawa, minus one untuk lagu tersebut ada masalah sedikit pada awalnya. Jadi, sementara menunggu masalah teknikal tersebut diselesaikan, kumpulan Darwish sempat berborak menanyakan beberapa soalan kepada mereka yang hadir. Naim sempat membuat jenaka di atas pentas untuk menghiburkan para penonton pada waktu itu. Akhirnya, persembahan mereka berjalan dengan lancar dan para pensyarah begitu gembira dan memberikan reaksi positif selepas menyaksikan persembahan kumpulan Darwish sewaktu itu. Ia jelas memberi satu kepuasan buat ketua kumpulan, Faiz. Begitu juga buat Daniel, Fitri dan Naim yang bersama-sama menjayakan persembahan itu.
Kumpulan Darwish tidak boleh sertai Pertandingan Nasyid di KMJ, kecuali jika ahli-ahlinya berpecah dan bentuk kumpulan lain.
Kini, sudah tiba masanya Pertandingan Nasyid KMJ yang dilangsungkan di Dewan Sri Ledang KMJ. Kumpulan Darwish dijemput untuk membuat persembahan sebelum pertandingan bermula. Ketika persembahan itu, kumpulan Darwish tampil dengan mempersembahkan dua buah lagu iaitu Aisyah Humaira dan Nur Kasih. Persembahan kumpulan Darwish itu juga adalah sebagai pembuka majlis sebelum pertandingan bermula. Ketika berlangsungnya pertandingan, kumpulan Darwish juga ada membuka gerai minuman di belakang dewan bagi peserta-peserta dan penonton-penonton yang hadir untuk sedikit sebanyak menghilangkan dahaga mereka sambil menyaksikan pertandingan itu. Ketua kumpulan, Faiz juga diminta untuk menjadi pembantu juri untuk pertandingan itu bagi membantu juri menilai peserta-peserta yang bertanding. Pertandingan tersebut telah dimenangi oleh kumpulan Halawatul Syabab yang diketuai oleh Aizzat Afiq dan Muhd Afiq. Naib Johan pula milik kumpulan Muslimin Unity yang diketuai oleh Muhammad Razlee.
Beberapa hari selepas itu, kumpulan Darwish muncul sekali lagi setelah mendapat jemputan daripada Unit Fizik KMJ untuk membuat persembahan sempena Majlis Pelancaran Kelab Fizik dan Anugerah Kecemerlangan Akademik Subjek Fizik 2012. Kumpulan Darwish mendendangkan dua buah lagu ketika itu, iaitu lagu Damba Kasih dan Ainul Mardhiah.
Video: Kumpulan Darwish mendendangkan lagu Damba Kasih dan Ainul Mardhiah ketika persembahan Majlis Pelancaran Kelab Fizik dan Anugerah Kecemerlangan Subjek Fizik 2012 di Dewan Sri Ledang KMJ
2013
Tahun 2013 juga menjadi satu lagi detik kegemilangan buat kumpulan Darwish setelah beberapa kali dijemput untuk membuat persembahan. Persembahan pertama kumpulan Darwish pada tahun 2013 bermula dengan satu lagi jemputan daripada Unit Fizik untuk membuat persembahan dalam satu majlis yang melibatkan sebahagian pelajar yang mengambil subjek Fizik. Persembahan itu telah berlangsung di Dewan Sri Tanjung KMJ di mana kumpulan Darwish telah mempersembahkan lagu Remaja.
Selang beberapa hari kemudian, Faiz menerima panggilan daripada salah seorang pelajar KMJ sewaktu itu yang mahu menjemput kumpulan Darwish membuat persembahan pada Majlis Penutup Alumni KMJ 2013. Majlis itu telah menghimpunkan beberapa Alumni KMJ yang hadir untuk memberi motivasi dan semangat kepada pelajar-pelajar KMJ untuk terus berusaha dan belajar. Persembahan tersebut berlangsung pada waktu pagi. Kumpulan Darwish telah mendendangkan dua buah lagu iaitu Pemergianmu dan Nur Kasih.
Video: Kumpulan Darwish mendendangkan lagu Pemergianmu ketika Majlis Penutup Alumni KMJ 2013 di Dewan Sri Ledang KMJ
Gambar: Kumpulan Darwish bergambar bersama selepas membuat persembahan sempena Majlis Penutup Alumni KMJ 2013. Dari kiri: Naim, Fitri, Faiz dan Daniel
Hafiz Hamidun & Kumpulan Darwish
buat persembahan bersama
buat persembahan bersama
Walaupun kumpulan Darwish telah meningkat naik, namun ketua kumpulan, Faiz menganggap perjalanan masih jauh. Banyak lagi yang perlu dilakukannya untuk menaikkan kumpulan Darwish dan secara tidak langsung dapat menyebarkan lagi dakwah dengan lebih luas. Maka, Faiz memikirkan satu rancangan untuk menjemput penyanyi, komposer, pengacara serta motivator, Hafiz Hamidun untuk membuat persembahan di KMJ suatu hari nanti. Dikhabarkan rancangan itu telah lama difikirkan oleh Faiz, namun setelah persembahan Majlis Penutup Alumni, barulah Faiz mahu memfokuskan lagi tentang rancangan itu. Oleh yang demikian, Faiz telah menghubungi salah seorang daripada pensyarah KMJ, Encik Zuhaizi untuk menanyakan prosedur membawa masuk Hafiz Hamidun ke KMJ. Encik Zuhaizi bersetuju dengan cadangan yang dibawa Faiz kerana menganggap ia juga boleh menaikkan nama KMJ, selain dapat memberi motivasi kepada pelajar-pelajar. Maka, Encik Zuhaizi telah memaklumkan perkara tersebut kepada seorang lagi pensyarah KMJ, Encik Rahim. Encik Rahim kemudiannya telah mengarahkan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) KMJ untuk membuat kertas kerja (proposal) bagi menjayakan program tersebut.
Walau bagaimanapun, banyak cabaran yang menghalang program tersebut berlangsung. Pada awalnya program tersebut difahamkan akan dibatalkan walaupun kertas kerja sudah siap sepenuhnya apabila diberitahu ada masalah yang tak dapat dielakkan. Bagaimanapun, Faiz cuba memujuk Encik Rahim dalam satu perjumpaan yang diadakan di Kafeteria A, di hadapan gerai makan Uncle Cent KMJ. Pada waktu itu sebenarnya Hafiz Hamidun telahpun memasukkan nama KMJ dalam diari persembahannya di akaun Facebook miliknya dan jika persembahan ini tidak jadi, maka duit yang telah disalurkan oleh pihak KMJ ke akaun Hafiz Hamidun akan burn begitu saja. Jadi, perkara ini amat merugikan KMJ sendiri. Maka, Encik Rahim akhirnya berpendapat bahawa program ini perlu juga diteruskan. Tambahan pula, poster-poster persembahan kumpulan Darwish & Hafiz Hamidun juga telah ditampal hampir di seluruh KMJ. Jadi, jika program ini batal, sudah pasti akan timbul rasa tidak senang segelintir pihak.
Akhirnya, Encik Rahim mengesahkan bahawa program ini akan tetap diteruskan. Maka, pada waktu itu, kain rentang (banner) Hafiz Hamidun telahpun dipasang di pentas utama Dataran Wawasan KMJ. Walau bagaimanapun, ada berita sedih buat kumpulan Darwish ketika itu apabila mendapat tahu bahawa Naim tidak boleh menyertai persembahan bersama kumpulan Darwish pada malam itu nanti kerana beliau terlibat dengan pertandingan rekacipta peringkat kebangsaan ketika program itu diadakan nanti. Jadi, pada malam itu nanti, kumpulan Darwish akan tampil dengan hanya tiga orang iaitu Faiz, Daniel dan Fitri. Dalam pada itu, Hafiz Hamidun juga telah menulis dalam akaun Twitter miliknya tentang persembahannya nanti di KMJ.
Walau bagaimanapun, banyak cabaran yang menghalang program tersebut berlangsung. Pada awalnya program tersebut difahamkan akan dibatalkan walaupun kertas kerja sudah siap sepenuhnya apabila diberitahu ada masalah yang tak dapat dielakkan. Bagaimanapun, Faiz cuba memujuk Encik Rahim dalam satu perjumpaan yang diadakan di Kafeteria A, di hadapan gerai makan Uncle Cent KMJ. Pada waktu itu sebenarnya Hafiz Hamidun telahpun memasukkan nama KMJ dalam diari persembahannya di akaun Facebook miliknya dan jika persembahan ini tidak jadi, maka duit yang telah disalurkan oleh pihak KMJ ke akaun Hafiz Hamidun akan burn begitu saja. Jadi, perkara ini amat merugikan KMJ sendiri. Maka, Encik Rahim akhirnya berpendapat bahawa program ini perlu juga diteruskan. Tambahan pula, poster-poster persembahan kumpulan Darwish & Hafiz Hamidun juga telah ditampal hampir di seluruh KMJ. Jadi, jika program ini batal, sudah pasti akan timbul rasa tidak senang segelintir pihak.
Akhirnya, Encik Rahim mengesahkan bahawa program ini akan tetap diteruskan. Maka, pada waktu itu, kain rentang (banner) Hafiz Hamidun telahpun dipasang di pentas utama Dataran Wawasan KMJ. Walau bagaimanapun, ada berita sedih buat kumpulan Darwish ketika itu apabila mendapat tahu bahawa Naim tidak boleh menyertai persembahan bersama kumpulan Darwish pada malam itu nanti kerana beliau terlibat dengan pertandingan rekacipta peringkat kebangsaan ketika program itu diadakan nanti. Jadi, pada malam itu nanti, kumpulan Darwish akan tampil dengan hanya tiga orang iaitu Faiz, Daniel dan Fitri. Dalam pada itu, Hafiz Hamidun juga telah menulis dalam akaun Twitter miliknya tentang persembahannya nanti di KMJ.
1 Mac 2013 ialah menjadi detik sejarah dan tarikh yang ditunggu-tunggu oleh pelajar-pelajar KMJ untuk menyaksikan Hafiz Hamidun membuat persembahan secara live di Dataran Wawasan KMJ. Pada petang itu, ketika soundcheck, Hafiz Hamidun telahpun datang dan telah dijemput masuk ke dalam KMJ oleh pensyarah-pensyarah. Pada waktu itu, Ustaz Hisyam telah memanggil Faiz, Daniel dan Fitri untuk bersama-sama hadir ke dataran untuk berjumpa dengan Hafiz Hamidun dan seterusnya melakukan soundcheck.
Kini telah tiba malam hari di mana persembahan akan bermula. Sebelum Hafiz Hamidun membuat persembahan, kumpulan Darwish tampil untuk membuat persembahan pembukaan dengan mendendangkan lagu Kasihku Abadi . Selepas itu, barulah Hafiz Hamidun naik ke atas pentas dan membuat persembahan dengan menyanyikan beberapa lagu dan mengalunkan beberapa zikir terapi dari albumnya Zikir Terapi I ketika itu selain memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar. Setelah hampir sejam di atas pentas, Hafiz Hamidun kemudiannya memanggil kumpulan Darwish untuk naik ke atas pentas dan membuat persembahan bersama dengan menyanyikan lagu Demi Cinta Suci sebagai mengakhiri persembahannya pada malam itu.
Video: Hafiz Hamidun membuat persembahan bersama kumpulan Darwish dengan mempersembahkan lagu Demi Cinta Suci di Dataran Wawasan KMJ
Gambar: Kumpulan Darwish bergambar kenangan dengan Hafiz Hamidun setelah tamat program. Dari kiri: Fitri, Faiz, Hafiz Hamidun dan Daniel
Selepas persembahan tersebut, Hafiz Hamidun sekali lagi menulis dalam akaun twitter miliknya tentang persembahannya di KMJ.
Bagi ketua kumpulan, Faiz, ini merupakan detik bersejarah buat kumpulan Darwish kerana berpeluang membuat persembahan dengan Hafiz Hamidun.
Annual Dinner KMJ 2013
Seperti mana setiap tahun, KMJ akan mengadakan Majlis Makan Malam Tahunan (Annual Dinner). Jadi seperti biasa Annual Dinner akan diadakan sebelum peperiksaan akhir bermula. Tujuannya adalah untuk menghargai sumbangan pensyarah-pensyarah. Faiz menganggap Annual Dinner ini adalah peluang terbaik untuk kumpulan Darwish mengakhiri persembahan di KMJ. Ketika itu, Naim mencadangkan rakannya (yang juga merupakan vokalis utama (solo) ketika nasyid bersama-sama di sekolahnya yang berjaya menjadi johan peringkat kebangsaan antara sekolah-sekolah kluster dahulu), iaitu Muhammad Amin (Amin) untuk bersama-sama dengan kumpulan Darwish membuat persembahan pada Annual Dinner itu kerana difahamkan kumpulan Darwish sudah mendapat slot untuk persembahan Annual Dinner. Apabila mendengar segala penjelasan daripada Naim dan mendengar sendiri suara Amin menerusi rakaman di dalam telefon bimbit Naim, Faiz bersetuju untuk memanggil Amin membuat persembahan bersama-sama dengan kumpulan Darwish. Faiz mencadangkan lagu Sumayyah untuk dibawa pada malam itu memandangkan suara Amin sangat sesuai untuk bahagian korus lagu tersebut.
Beberapa hari selepas itu, ketika Annual Dinner semakin hampir, Faiz amat berduka cita apabila mendapat tahu bahawa persembahan kumpulan Darwish pada malam itu dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Harapan yang diidamkan Faiz untuk kumpulan Darwish mengakhiri dan menamatkan persembahan di KMJ pada Annual Dinner tidak menjadi realiti. Ini bermakna, persembahan kumpulan Darwish bersama Hafiz Hamidun tempoh hari merupakan persembahan terakhir mereka di KMJ.
Kumpulan Darwish & Ustaz Hisyam makan malam bersama di Restoran Ikan Bakar Umbai Melaka
Ketua kumpulan, Faiz menghubungi Ustaz Hisyam untuk mengadakan makan malam bersama kumpulan Darwish bagi menghargai sumbangan Ustaz Hisyam yang telah menguruskan kumpulan Darwish dengan baik selama ini. Jadi, mereka telah bersama-sama ke Melaka untuk makan malam bersama di Restoran Ikan Bakar Umbai. Sebelum itu, pada waktu petang, mereka telah bersiar-siar di sekitar bandar bersejarah Melaka.
Gambar: Kumpulan Darwish bergambar bersama ketika bersiar-siar di sekitar Melaka. Dari kiri: Daniel, Fitri, Naim dan Faiz
Gambar: Kumpulan Darwish dan Ustaz Hisyam (tengah) bergambar bersama selepas makan malam di Restoran Ikan Bakar Umbai, Melaka. Dari kiri: Naim, Faiz, Ustaz Hisyam, Fitri dan Daniel
Sesi pembelajaran di KMJ tamat, kumpulan Darwish hampir tenggelam apabila ahli-ahlinya sudah belajar di lain-lain universiti
Selepas tamat sesi pembelajaran di KMJ, kumpulan Darwish dilihat semakin tenggelam apabila ahli-ahlinya mula berpecah ke lain-lain universiti. Faiz melanjutkan pelajaran ke Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Daniel pula ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Fitri masih belajar di KMJ kerana beliau mengambil Program Dua Tahun, sementara Naim pula meneruskan pembelajarannya di Universiti Malaysia Pahang (UMP). Ia menyebabkan Faiz semakin bingung untuk menyatukan semula ahli-ahli kumpulan memandangkan semuanya berada di tempat lain. Oleh yang demikian, Faiz terpaksa memikirkan rancangan baru untuk meneruskan kumpulan Darwish.
Kumpulan Darwish diteruskan di UNITEN
Setibanya di UNITEN, Faiz mengambil langkah untuk berdiam diri dahulu untuk melihat suasana dan keadaan di UNITEN bagi mencari ruang untuk meneruskan kumpulan Darwish. Ia bermula ketika Faiz mendengar alunan azan daripada salah seorang pelajar UNITEN, iaitu Ikmal Ubaidullah (Ikmal). Bagi Faiz, alunan azannya sangat bagus. Maka, Faiz menanyakan beberapa soalan kepada Ikmal untuk mengetahui sedikit sebanyak tentang dirinya. Faiz membuat keputusan untuk membawa masuk Ikmal dalam kumpulan Darwish setelah berpuas hati dengan penjelasannya. Dalam pada itu, Fitri juga ada menghubungi Faiz. Fitri memberitahu bahawa beliau akan kekal dalam kumpulan Darwish. Jika ada apa-apa persembahan kumpulan Darwish di UNITEN atau di mana sahaja, beliau akan hadir untuk membuat persembahan bersama.
Sementara itu, Faiz juga telah meneruskan usahanya untuk menjayakan dan membawa nama kumpulan Darwish seperti mana di KMJ dahulu. Jadi, Faiz telah pergi ke Unit Sukan & Kebudayaan UNITEN (USK) untuk menanyakan tentang hasrat meneruskan kumpulan itu. Usaha Faiz beberapa kali gagal. Tetapi beliau tidak berputus asa. Akhirnya Faiz diberikan lampu hijau untuk menampilkan diri dan mencuba bakat bersama kumpulan Darwish di dalam studio Dewan Sri Sarjana UNITEN (DSS) untuk dipersembahkan kepada pihak USK. Faiz membuat keputusan untuk membawa masuk Amin ke dalam kumpulan Darwish memandangkan beliau mempunyai banyak pengalaman dalam nasyid. Tambahan pula, Amin pernah mengetuai sekolahnya untuk menjadi johan nasyid peringkat kebangsaan antara sekolah-sekolah kluster sebagai vokalis utama (solo). Faiz yakin gabungan baru kumpulan Darwish (Faiz, Fitri, Amin dan Ikmal) mampu menghasilkan sesuatu yang baik untuk dipersembahkan kepada pihak USK di studio nanti.
Kini tibalah masanya untuk kumpulan Darwish mempersembahkan nyanyian mereka di hadapan pihak USK. Kumpulan Darwish mempersembahkan lagu Jalinan dan Ainul Mardhiah. Persembahan tersebut jelas memberikan impak positif kepada pihak USK. Mereka berpuas hati dengan persembahan kumpulan Darwish.
Video: Kumpulan Darwish mempersembahkan lagu Ainul Mardhiah kepada pihak USK di studio DSS UNITEN
Gambar: Kumpulan Darwish bergambar bersama jurugambar, Zulfikri (tengah) di hadapan DSS UNITEN selepas mempersembahkan nyanyian kepada pihak USK. Dari kiri: Ikmal, Fitri, Zulfikri, Faiz dan Amin
Amin yang merupakan pelajar politeknik memberitahu Faiz bahawa beliau akan membantu kumpulan Darwish sedaya-upaya memandangkan beliau kini merupakan ahli kumpulan Darwish. Faiz gembira mendengar apa yang dijelaskan Amin. Ia berita baik untuk menghidupkan semula kumpulan Darwish yang dilihat semakin tenggelam. Tidak sama keadaannya semasa di KMJ. Di KMJ, kumpulan Darwish sentiasa meningkat naik tetapi di UNITEN, Faiz perlu mencari jalan untuk menaikkan kembali kumpulan Darwish. Bagi Faiz, ia tidak semudah yang disangka.
2014
Kini, tiba pula tahun 2014 di mana ketika ini Faiz menjumpai salah seorang pelajar UNITEN bernama Shaffrul di dalam akaun Facebook. Melihatkan banyak gambar Shaffrul bermain drum di Uniten dalam akaun Facebook, Faiz mula berborak (chatting) dengan Shaffrul dalam usaha untuk bergabung tenaga membuat persembahan bersama. Dalam perbualan mereka di Facebook itu, mereka telah bersetuju untuk berjumpa di Kafe Admin di UNITEN. Seperti yang dijanjikan, mereka telah berjumpa. Tanpa menyedari, Faiz mendapat tahu bahawa Shaffrul merupakan Presiden Anak Seni Tenaga Nasional (ASTENA). Dari situ, Shaffrul memberitahu Faiz untuk menguruskan nasyid di UNITEN.
Beberapa hari kemudian, Faiz membuat perjumpaan dengan Persatuan Pengajian Islam UNITEN (PPI UNITEN) pula dalam usaha untuk menaikkan kumpulan Darwish. PPI sangat berpuas hati dengan segala pengalaman dan pencapaian Faiz dalam nasyid. Lalu pihak PPI menjemput kumpulan Darwish membuat persembahan dalam satu event yang dianjurkan PPI. Dalam persembahan itu, Amin tidak dapat menyertainya kerana ada perkara-perkara yang tak dapat dielakkan. Maka pada malam itu , Faiz, Fitri dan Ikmal sahaja yang membuat persembahan. Mereka mendendangkan lagu Hanya Tuhan Yang Tahu dan Kasihku Abadi. Walau bagaimanapun, tidak lama kemudian, Ikmal meminta untuk keluar dari kumpulan Darwish kerana beliau sangat sibuk dengan bermacam-macam aktiviti. Antaranya adalah silat dan banyak lagi. Faiz menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka
.
Gambar: Kumpulan Darwish membuat persembahan dalam satu event yang dianjurkan PPI. Dari kiri: Fitri, Faiz dan Ikmal
Kumpulan Darwish dijemput untuk membuat kemunculan semula di KMJ
Tidak lama kemudian, Faiz menerima SMS dari Ustaz Hisyam yang mahu menjemput kembali kumpulan Darwish supaya membuat kemunculan semula di KMJ pada Annual Dinner 2014. Faiz bersetuju dengan jemputan tersebut. Oleh yang demikian, Faiz telah menghimpunkan kembali ahli-ahli kumpulan Darwish yang lama ketika di KMJ dahulu, iaitu Daniel dan Fitri untuk membuat persembahan pada malam itu nanti. Bagaimanapun, Naim tidak dapat hadir. Lalu, ketiadaan Naim diisi oleh salah seorang pelajar KMJ ketika itu yang juga merupakan rakan kepada Faiz, Daniel dan Fitri iaitu Izwan. Gandingan kumpulan Darwish dan Izwan membawa lagu Hanya Tuhan Yang Tahu dan Ainul Mardhiah pada malam itu.
Gambar: Ustaz Hisyam beritahu Faiz bahawa nama kumpulan Darwish telah tersenarai di papan kenyataan JPP untuk membuat persembahan sempena Annual Dinner KMJ 2014
Gambar: Kumpulan Darwish dan Izwan (kanan) bergambar selepas sesi latihan untuk persembahan Annual Dinner KMJ pada esok harinya. Dari kiri: Faiz, Daniel, Fitri dan Izwan
Gambar: Kumpulan Darwish dan Izwan (kiri) melakukan soundcheck pada sesi petang sebelum bermulanya Annual Dinner pada waktu malam. Dari kiri: Izwan, Daniel, Faiz dan Fitri
Gambar: Persembahan kumpulan Darwish dan Izwan (dua dari kiri) ketika Annual Dinner KMJ 2014 di Dataran Wawasan. Dari kiri: Daniel, Izwan, Faiz dan Fitri
Gambar: Faiz dan Daniel bergambar bersama rakan-rakan lama mereka selepas selesai membuat persembahan ketika Annual Dinner KMJ 2014 di Dataran Wawasan
2015
Persembahan Bazaar Club (UNITENWOW 1.0)
Pada tahun 2015, kumpulan Darwish dilihat seolah-olah sudah tidak berapa aktif memandangkan ada perkara-perkara yang tak dapat dielakkan. Walaubagaimanapun, atas permintaan ramai yang mahukan Darwish kembali untuk membuat persembahan di UNITEN, maka Faiz merancang untuk membawa semula Darwish di UNITEN. Majlis Perwakilan Pelajar UNITEN (MPP UNITEN) mengadakan satu event, iaitu Bazaar Club yang juga dikenali dengan nama UNITENWOW 1.0 di Dataran The Loop UNITEN. Ketika itu, Faiz diberikan slot untuk membawa kumpulan Darwish membuat persembahan pada malam itu nanti. Walau bagaimanapun, Faiz, Fitri dan Amin tiga orang sahaja tidak cukup untuk persembahan pada malam itu. Oleh yang demikian, Faiz telah memanggil salah seorang daripada ahli ASTENA, Hafifi untuk membuat persembahan featuring kumpulan Darwish pada malam itu. Kini tiba Bazaar Club Event. Gandingan kumpulan Darwish featuring Hafifi telah mendendangkan lagu Ainul Mardhiah dan Destinasi Cinta pada malam itu. Ia merupakan persembahan terakhir kumpulan Darwish pada tahun 2015 ketika itu memandangkan ada perkara-perkara yang tak dapat dielakkan yang terpaksa membuatkan Darwish diberhentikan seketika. Selepas persembahan Bazaar Club Event itu, Amin memohon untuk berehat seketika daripada persembahan-persembahan Darwish atas sebab-sebab tertentu. Oleh kerana Fitri masih lagi belajar di UTeM dan sukar baginya untuk ulang alik dari Melaka ke UNITEN setiap kali ada persembahan, maka Faiz membuat keputusan untuk tidak menyusahkannya. Faiz telah berbincang dengan Fitri tentang masa depannya bersama Darwish dan setelah perbincangan itu berlangsung, akhirnya keputusan telah diputuskan, pada tahun 2015 ini menjadi tahun terakhir Fitri bersama Darwish. Ini bermakna Darwish pada waktu ini hanya tinggal Faiz dan Amin sahaja.
Kumpulan Darwish kembali dengan imej baru
2016
Pada tahun 2016, Amin masih lagi berehat, namun beliau akan kembali semula bersama Darwish setelah urusannya selesai. Dalam tempoh Amin berehat itu, Faiz telah membuat keputusan untuk menyerap seorang ahli ke dalam Darwish. Sehinggalah tiba satu masa, akhirnya Faiz bertemu dengan seorang pelajar baru UNITEN, Muhammad Azihan atau lebih dikenali sebagai Jehan dalam satu kelas yang sama ketika mana kedua-duanya mengambil subjek Hubungan Etnik. Dalam satu event, iaitu Uniten Wow, Jehan telah menyanyikan sebuah lagu inggeris iaitu, All Of Me. Ketika menyanyikan lagu tersebut, Faiz duduk sebagai penonton mendengar nyanyian Jehan dan daripada situ Faiz menganggap Jehan mempunyai suara yang unik.
Gambar: Jehan (kiri) dan Faiz bergambar
selepas membuat persembahan bersama
ketika International Culture Night 2016
di Dewan Sri Sarjana UNITEN
selepas membuat persembahan bersama
ketika International Culture Night 2016
di Dewan Sri Sarjana UNITEN
Persahabatan Faiz dan Jehan semakin rapat selepas persembahan tersebut. Selang tiga bulan kemudian, iaitu pada bulan April 2016, Faiz membuat keputusan untuk menghidupkan dan mengaktifkan kembali kumpulan Darwish yang telah sekian lama menyepi. Faiz menjemput Jehan untuk menyertai kumpulan Darwish setelah membuat perjumpaan dan perbincangan di pusat beli-belah IOI City Mall yang terletak berdekatan dengan UNITEN. Kini kumpulan Darwish kembali semula setelah sekian lama menyepi. Kali ini menampilkan Faiz dan Jehan (memandangkan Amin masih lagi berehat). Gandingan kumpulan Darwish kali ini akan membawa imej yang lain daripada dulu. Faiz memberitahu bahawa beliau akan cuba menampilkan kumpulan Darwish yang baru. Darwish telah dijemput untuk membuat banyak juga persembahan pada waktu ini. Antaranya, persembahan raya di Masjid UNITEN, persembahan raya di kelompok Murni UNITEN dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, Jehan hanya bertahan dalam kumpulan Darwish sehingga akhir tahun 2016 apabila beliau meminta izin untuk berundur atas faktor bisnes. Kini kumpulan Darwish kembali semula dengan dua orang ahli iaitu Faiz dan Amin, tetapi Amin masih lagi berehat.
Gambar: Azwan Fareast (tengah) merupakan
penasihat untuk kumpulan Darwish yang
terdiri Faiz (kiri) dan Jehan (kanan).
NOTA: Amin masih lagi berehat atas
urusan peribadi tetapi akan kembali
setelah urusannya selesai
penasihat untuk kumpulan Darwish yang
terdiri Faiz (kiri) dan Jehan (kanan).
NOTA: Amin masih lagi berehat atas
urusan peribadi tetapi akan kembali
setelah urusannya selesai
2017
Amin kembali bersama Darwish setelah urusannya selesai
Setelah berehat selama hampir dua tahun, akhirnya pada awal tahun 2017, Amin kembali semula bersama kumpulan Darwish setelah segala urusannya selesai. Amin memberitahu bahawa beliau akan kekal setia bersama Darwish. Pada bulan Mei 2017, kumpulan Darwish yang terdiri daripada Faiz dan Amin mendapat jemputan untuk membuat persembahan di Restoran Mann Catering Muar, anjuran Tabung Haji Muar. Pada malam itu, kumpulan Darwish telah mempersembahkan doa rabitah sebagai intro dan kemudiannya disusuli dengan lagu Demi Cinta Suci yang pernah dipopularkan oleh kumpulan UNIC.
Single Pertama Darwish: Hati Merindu
Pada bulan Julai 2017, kumpulan nasyid Darwish telah menjalinkan kerjasama bersama-sama dengan syarikat Paradise Production dalam membincangkan tentang sesuatu perkara yang dianggap merupakan antara rancangan jangka panjang Faiz untuk meluaskan lagi pengaruh Darwish di peringkat yang lebih tinggi. Ketika itu ramai yang tertanya-tanya tentang usaha dan perancangan yang sedang giat dijalankan oleh kumpulan Darwish bersama-sama dengan Paradise Production. Akhirnya segala pertanyaan itu terjawab apabila Faiz memberitahu di laman sosial Instagram miliknya tentang perancangannya itu. Pada 11 Ogos 2017, kumpulan Darwish membuat kemunculan di studio rakaman UNIC (UNICDOTMY PRO) untuk merakamkan single pertama mereka yang berjudul Hati Merindu. Single Hati Merindu ini sebenarnya sudah lama dibincangkan oleh kumpulan Darwish dan Paradise Production iaitu kira-kira sebulan sebelum rakaman tersebut berlangsung. Ia merupakan detik yang sangat bersejarah buat kumpulan Darwish. Setelah 5 tahun penubuhannya sejak 2012, akhirnya pada tahun 2017, Darwish berjaya merakamkan single pertama mereka. Lagu Hati Merindu ini merupakan sebuah lagu yang sangat sedih yang dicipta oleh Syamsuri Zawawi (Tok Pek) yang merupakan individu yang bekerja di bawah syarikat Arteffects International iaitu syarikat milik Hafiz Hamidun, manakala liriknya pula dicipta oleh Shafuan Zawawi, iaitu abang sulung kepada Syamsuri Zawawi. Susunan muzik lagu ini pula telah disusun oleh penyusun muzik terkenal yang pernah bekerja di bawah syarikat Arteffects International juga iaitu Wan Salehuddin. Lagu Hati Merindu ini sebenarnya menceitakan tentang seorang suami yang baru sahaja kehilangan isterinya yang tercinta. Dalam lagu ini, si suami terkenang kembali kenangan-kenangan silamnya bersama arwah isterinya ketika arwah isterinya masih hidup.
Rakaman lagu Hati Merindu ini telah berlangsung dengan jayanya. Sepanjang proses rakaman ini berlangsung, ia telah dijaga dengan baik oleh salah seorang daripada ahli kumpulan nasyid Simfoni iaitu Imtiyaz Simfoni yang juga dibantu oleh rakan-rakan Paradise Production. Mereka telah menjaga studio tersebut dengan baik dan tersusun sepanjang proses rakaman kumpulan Darwish itu.
Gambar: Darwish yang terdiri daripada Faiz (kiri) dan
Amin (kanan) bergambar bersama setelah selesai sesi
rakaman single pertama Darwish yang berjudul Hati Merindu
Lagu Hati Merindu terima sambutan yang sangat hebat
Single Pertama Darwish yang berjudul Hati Merindu itu ternyata sangat ditunggu-tunggu oleh orang ramai sejurus selepas Faiz meletakkan teaser/preview lagu tersebut di InstaStory dalam akaun Instagram miliknya. Ramai yang tertanya-tanya tentang bila lagu tersebut akan release. Namun pada ketika itu Faiz masih lagi merahsiakan tentang bila lagu tersebut akan release.
Setelah sekian lama ditunggu-tunggu, akhirnya pada awal bulan Disember 2017, lagu Hati Merindu membuat kemunculannya di iTunes, Spotify, Kkbox dan Deezer. Ketika pengumuman lagu ini telah release di iTunes, sambutan yang diterima sangat hebat dan memberangsangkan. Tak sampai 2 hari, populariti lagu tersebut meningkat sehingga 80% di iTunes.
Gambar: Hati Merindu terima sambutan yang sangat hebat apabila
populariti lagu tersebut meningkat sehingga 80% di iTunes